Hye korang! Jumpa lagi muka blogger ni. Dah lama tak menaip ni nak menaip balik haha. Nak tanya ni ada sesiapa pembaca blogger ni yang dah pergi hiking dekat bukit Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan dekat PD tu? Ada apa dekat sana? Berapa tinggi? Cantik ke tak tempat tu? Haa ni nak cerita harini pasal Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan dekat PD. Baru-baru ni aku pergi sana, Sebenarnya dah rancang nak pergi tapi tak pergi pergi. Akhirnya pergi jugak. Perjalanan ke sini dari tempat belajar aku ambik masa 40 minit jugak.
![]() |
Pintu Masuk |
![]() |
Tempat Pembayaran |
Untuk sampai ke tempat ni korang boleh google atau waze Hutan Rekreaksi Tanjung Tuan. Ia adalah pintu masuk yang sama dengan Cape Rachado, Rumah Api. Sebelum korang naik ke atas, Korang kena bayar Rm1 kepada pihak pengurusan. Bagi tempat letak kereta sangat terhad, Korang perlu sampai ke tempat ni seawal yang boleh.
Video atas ni perjalanan kitaorang masa nak naik ke atas, Kitaorang pergi awal pagi jugak pukul 9. Memang ramai orang yang hiking dekat sini. Korang perlu jalan kaki sejauh 1.2km rasanya atas berjalan tar. Jangan give up okay jalannya berbukit dan mendaki boleh semput jugak rasanya hahaha. Beberapa meter sebelum tiba di rumah api, terdapat denai hutan di sebelah kanan jalan raya. Dari situ, denai yang dilalui akan membawa kita ke puncak Bukit Batu Putih. Manakala laluan lain adalah menyelusuri tepi pantai dan menempuh lereng bukit yang curam sehingga ke puncak.
Ni baru setengah jalan mendaki naik ke atas. Berhenti rehat kejap, sempat untunk tangkap gambar hahaha. Lagi berapa minit untuk sampai ke atas. Itulah trek yang kitaorang lalu untuk sampai ke atas.
Sebelum sampai ke atas korang kena panjat batu ni tapi jangan risau diorang ada sediakan tali yang kukuh untuk korang naik ke atas.
Okay kitaorang dah sampai. Korang yang baca ni bila nak sampai kesini pulak? Hahaha!! Mana yang suka hiking tu tak tahu nak hiking dekat mana boleh la datang sini. So tunggu untuk entry seterusnya aku ke mana pulak lepas ni. Terima kasih sudi membaca!
Sebelum sampai ke rumah api, Akan nampak satu kayu dicacakkan sebelah kanan, menunujukkan arah ke Bukit Batu Putih. Lagi 300 meter untuk sampai ke atas hahah. Amacam, Jauh ke tak? Masa mendaki adalah antara 40 minit hingga satu jam. Jika ada yang berjalan terus tanpa henti, mungkin waktu pendakian sekitar setengah jam sahaja. Keunikan bukit itu adalah puncaknya terdiri daripada batu yang mengunjur ke laut Selat Melaka. Kalau korang nak laluan yang mencabar sikit, boleh la pilih laluan tepi pantai.
Ni baru setengah jalan mendaki naik ke atas. Berhenti rehat kejap, sempat untunk tangkap gambar hahaha. Lagi berapa minit untuk sampai ke atas. Itulah trek yang kitaorang lalu untuk sampai ke atas.
Sebelum sampai ke atas korang kena panjat batu ni tapi jangan risau diorang ada sediakan tali yang kukuh untuk korang naik ke atas.
Pemandangan di atas Bukit Batu Putih![]() ![]() ![]() |
0 comments:
Post a Comment