Thursday, 28 September 2017

Apa Yang Menarik Dekat Pulau Langkawi?

Assalamualaikum, Hye guys! Harini aku nak cerita apa yang menarik di Pulau Langkawi. Haa siapa dah pergi Langkawi? Aku pun dah lama tak pergi sana. Last aku pergi pun tahun 2015. Tapi still ingat lagi apa yang best dekat sana. Kalau korang yang nak holiday dekat sana korang mesti nak naik cable car kan. Rugi kalau datang langkawi tak naik cable car. Aku rasa ni paling menarik dan selalu pelancong naik bila datang ke langkawi.



Harga tiket jika korang ada Mykad lebih murah berbanding harga biasa. Kalau korang pergi pada musim cuti sekolah cabaran nak beratur beli tiket sangat menguji kesabaran. So bersabar la ye kalau nak naik cable car ni. Tempat seterusnya kita pergi ke syurga coklat dekat Haji Ismail Group. Kalau datang Langkawi tak lengkap kalau tak pergi HIG ni. Siapa yang suka sangat dengan coklat boleh pergi sini, Harga coklat lebih murah dari tempat lain. Dulu HIG ni tak ada la besar mana tapi aku rasa sekarang dah besar jadi kompleks. Jom kita tengok antara coklat yang ada dekat sini.








Haa macam mana banyakkan coklat dekat sini. Takkan tengok je tak terasa nak datang sini ke? Murah pun murah coklat dekat sini. Dekat tempat lain tak dapat pun murah macam dekat HIG ni. Seterusnya kita pergi Pantai Cenang Langkawi. Pemandangan waktu petang dekat sini sangat cantik, apatah lagi malam. Kalau nak bermalam dekat sana pun boleh disediakan hotel dan tempat makan.



Seterusnya, Korang boleh pergi ke Dataran Helang. Dekat sini kalau nak tangkap gambar cantik la tak kira siang atau malam. Waktu senja pun cantik pemandangan di sini.



Ramai pelancong gemar ke Makam Mahsuri. Korag juga boleh datang ke sini untuk lihat sendiri makam lagenda Pulau Langkawi, Mahsuri. Terdapat juga beberapa informasi bertulis berkaitan Mahsuri dan Pulau Langkawi yang boleh menjadi tatapan pelancong yang datang ke sini.




Korang juga boleh masuk ke Muzium Mahsuri dan korang baca lah setiap kisah yang diceritakan di sana. Pameran keris dan senjata lama pun ada. Kalau nak lebih tahu lagi korang datang la ke sini. Itu sahaja untuk harini. Jumpa lagi untuk post yang seterusnya!

Tuesday, 26 September 2017

Wakaf Che Yeh Kelantan

Assalamualaikum warga blogger! Jumpa lagi untuk entry kalini. Kalini kita nak terbang keman pulak. Asyik dekat-dekat je. Jum la terbang jauh pulak. Kalini blog aku pasal pergi Wakaf Che Yeh dekat Kelantan. Haa, orang kelantan mesti tahu Wakaf Che Yeh ni. So kalau korang yang dah niat nak pergi holiday dekat Kelantan tu boleh la pergi Wakaf Che Yeh ni.


Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu.   Wakaf ini mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual pakaian, permainan, kasut dan sebagainya.





Bukan itu sahaja, di wakaf itu ada jual jeruk dan makanan tempatan seperti dodol, serunding dan lain-lain turut dijual disini. Setelah penat berjalan, Korang boleh makan di gerai yang berhampiran dengan wakaf itu.



Wakaf Che Yeh adalah destinasi menarik yang mesti dikunjungi jika bercuti di Kota Bharu. Ia akan sesak dengan orang ramai yang datang membeli-belah. Kebanyakkan pengunjung terdiri daripada pelancong dan masyarakat setempat. Korang mesti susah sikit nak cari tempat letak kenderaan kalau datang lewat malam. Tiada tempat letak kereta khusus dekat sini. Korang boleh letak kereta di tepi jalan, tepi bangunan atau lorong yang berdekatan dengan Wakaf.

Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza. Ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah di waktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula. Saksikan sesi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barang jualan mereka.



Waktu pagi pun sesak dengan orang yang membeli barang di Wakaf Che Yeh apatah lagi malam. So kalau nak tahu lebih lagi jum la pergi Wakaf Che Yeh. Cukup sampai sini cerita aku kalini. Lepas ni kita pergi travel ke tempat lain pulak. Jumpa lagi!

Thursday, 21 September 2017

Na Na Na Ganu Kita

Assalamualaikum pembaca blogger! Harini kita nak travel ke mana pulak? Asyik dekat Melaka je jum travel ke Terengganu pulak. Haa kalau korang tahu tempat apa yang menarik dekat Ganu tu? Haa ni la aku nak cerita, Tapi tak semua tempat aku pergi. Tempat paling popular la dekat Ganu tu kalau nak membeli belah sangat dekat Pasar Besar Kedai Payang. Haa dekat sini macam-macam korang boleh beli kain pasang, sutera Terengganu, batik Terengganu, songket, barangan kraf tangan dan macam-macam lagi!




Pasar payang ni kawasan yang besar, dekat situ jugak korang boleh beli makanan tradisi-tradisi orang Terengganu macam dodol, lepat, keropok dan banyak lagi. Kalau dekat Kuala Terengganu ni kebanyakkan peniaga-peniaga kedai makan akan ke sini untuk membeli perkakas memasak. Sepanjang dekat kedai Payang ni, kedai-kedai menjual batik dan sutera memang banyak dan cantik-cantik. Dari harga yang murah-murah hingga la yang mahal.

Bagi perempuan kawasan kain batik, sutera memang merupakan syurga bagi perempuan untuk membeli belah. Kerana harga kain lagi murah dari tempat lain. Kawasan tu memang kawasan untuk perempuan cuci mata hahaha!




Kalau korang nak beli souvenir pun ada banyak di jual di tingkat bawah sekali. Antara barangan yang selalu pelancong cari dekat Pasar Payang ni adalah baju kelawar, jeruk, kain batik sebab memang terbukti jauh lebih murah dari tempat lain. Nak berjalan semua kawasan dekat pasar Payang ni mengambil masa 3 jam jugak. Kalau setakat nak pergi kejap je memang tak puas sebab tak habis jalan semua tempat.

Itu sahaja untuk harini, kalau datang Terengganu boleh la membeli belah dekat sini. Harga pun murah dari tempat lain. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bye~

Saturday, 16 September 2017

Ada Apa Dekat Jonker Walk Melaka ?

Assalamualaikum warga blogger! Harini agak-agak aku nak terbang ke mana pulak ye? Korang yang baca ni ada yang duduk Melaka? Mesti dah tahu Jonker Walk ada apa. Harini kita nak terbang pergi Jonker Walk. Apa yang ada dekat Jonker Walk tu? Waktu operasi Jonker Walk ni kalau tak silap aku dari dari 6p.m-12a.m. Pergi malam-malam lagi seronok hirup udara malam hahaha!



Jonker Walk ni bagi aku tak pernah tak ramai orang. Hari-hari ada je orang. Masa aku pergi tu dia punya sesak lain macam, jalan pun berhimpit-himpit. Cuba la pergi kalau tak caya, Kebanyakkan yang datang sini bangsa cina. Yang jual dekat situ pun bangsa dia. Kalau nak carik barang yang korang tak pernah tengok lagi boleh datang Jonker Walk. Sebab diorang ni jual barang yang unik, antik. Kalau bab makanan pulak tak galakkan sangat la korang makan dekat sana, Aku pergi sana pun beli Hokkaido Ice Cream Puff. Kalau korang datang sini beli la sedap pun sedap.




Kalau makanan pulak korang boleh try Hokkaido yang aku cakap tadi. Harga dia RM3.80. Ada banyak perisa dan korang boleh pilih perisa apa yang korang nak.



Kalau makanan yang lain aku tak berapa tahu sangat, Tapi berhati-hati beli makanan dekat situ. Kalau barang-barang ye sangat banyak barang antik yang dijual, terompah pun cantik-cantik. Dekat Taman Jonker Walk Heritage World ada pemuzik jalanan yang memainkan macam-macam lagu lama.


Selain itu, ada solo performance dekat tengah tengah Jonker Walk. Korang yang datang situ boleh tengok persembahan dari mereka. Bagi aku seronok bila kita pergi malam-malam, suasananya pun cantik. Kalau korang nak pergi haa boleh ajak family datang sini waktu malam!


Kalau pergi sana korang boleh beli macam-macam yang korang nak. Yang menjual dekat sana pun bukan sikit tapi ramai so korang boleh beli macam-macam untuk barangan la. So apa lagi jum la datang sini! Itu sahaja untuk harini. Terima kasih yang sudi membaca. Tunggu lepas ni aku terbang kemana pulak ye?


Friday, 1 September 2017

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan

Hye korang! Jumpa lagi muka blogger ni. Dah lama tak menaip ni nak menaip balik haha. Nak tanya ni ada sesiapa pembaca blogger ni yang dah pergi hiking dekat bukit Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan dekat PD tu? Ada apa dekat sana? Berapa tinggi? Cantik ke tak tempat tu? Haa ni nak cerita harini pasal Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan dekat PD. Baru-baru ni aku pergi sana, Sebenarnya dah rancang nak pergi tapi tak pergi pergi. Akhirnya pergi jugak. Perjalanan ke sini dari tempat belajar aku ambik masa 40 minit jugak.

Pintu Masuk
Tempat Pembayaran
Untuk sampai ke tempat ni korang boleh google atau waze Hutan Rekreaksi Tanjung Tuan. Ia adalah pintu masuk yang sama dengan Cape Rachado, Rumah Api. Sebelum korang naik ke atas, Korang kena bayar Rm1 kepada pihak pengurusan. Bagi tempat letak kereta sangat terhad, Korang perlu sampai ke tempat ni seawal yang boleh.


Video atas ni perjalanan kitaorang masa nak naik ke atas, Kitaorang pergi awal pagi jugak pukul 9. Memang ramai orang yang hiking dekat sini. Korang perlu jalan kaki sejauh 1.2km rasanya atas berjalan tar. Jangan give up okay jalannya berbukit dan mendaki boleh semput jugak rasanya hahaha. Beberapa meter sebelum tiba di rumah api, terdapat denai hutan di sebelah kanan jalan raya. Dari situ, denai yang dilalui akan membawa kita ke puncak Bukit Batu Putih. Manakala laluan lain adalah menyelusuri tepi pantai dan menempuh lereng bukit yang curam sehingga ke puncak.




Sebelum sampai ke rumah api, Akan nampak satu kayu dicacakkan sebelah kanan, menunujukkan arah ke Bukit Batu Putih. Lagi 300 meter untuk sampai ke atas hahah. Amacam, Jauh ke tak? Masa mendaki adalah antara 40 minit hingga satu jam. Jika ada yang berjalan terus tanpa henti, mungkin waktu pendakian sekitar setengah jam sahaja. Keunikan bukit itu adalah puncaknya terdiri daripada batu yang mengunjur ke laut Selat Melaka. Kalau korang nak laluan yang mencabar sikit, boleh la pilih laluan tepi pantai.





Ni baru setengah jalan mendaki naik ke atas. Berhenti rehat kejap, sempat untunk tangkap gambar hahaha. Lagi berapa minit untuk sampai ke atas. Itulah trek yang kitaorang lalu untuk sampai ke atas.


Sebelum sampai ke atas korang kena panjat batu ni tapi jangan risau diorang ada sediakan tali yang kukuh untuk korang naik ke atas. 



Pemandangan di atas Bukit Batu Putih





Okay kitaorang dah sampai. Korang yang baca ni bila nak sampai kesini pulak? Hahaha!! Mana yang suka hiking tu tak tahu nak hiking dekat mana boleh la datang sini. So tunggu untuk entry seterusnya aku ke mana pulak lepas ni. Terima kasih sudi membaca!



 

OH TRAVEL Template by Ipietoon Cute Blog Design