Assalamualaikum warga blogger! Kalau korang tengok tajuk blog aku pasal travel kan? so mesti lah pergi travel. Siapa-siapa yang suka pergi travel boleh la singgah blog aku ni tengok tempat menarik yang pernah aku pergi setakat ni. Awal tahun hari tu aku ada pergi Tandom Hill, Menarik jugak tempat ni, pemandangan pun cantik.
Ini untuk bayaran masuk ke Tadom Hill ;
Normal Day Pass | Weekday
(Mon – Fri) | Weekend
(Sat – Sun) | Peak Season | Super Peak Season |
Adult | RM 20 | RM 23 | RM 25 | RM 28 |
Child (Aged 3 – 12) | RM 15 | RM 18 | RM 20 | RM 22 |
Tadom Hill Resort merupakan tempat menarik di Selangor. Tadom Hill ini kawasan perkampungan orang asli yang berkeluasan 40 ekar, berdekatan dengan tasik dan pemandangan bukit batu kapur dan pokok-pokok yang indah. Terletak 45 minit dari ibu kota Malaysia, iaitu di Banting, Tadom Hill satu tempat yang sangat sesuai bagi orang yang meminati aktiviti luar ataupun ingin bersantai melakukan aktiviti bersama rakan dan keluarga. Bagi yang ingin berehat dan mengambil masa cuti untuk tenangkan diri dan jiwa dari kemelut kerja ataupun suka aktiviti lasak Tadom Hill sangat sesuai untuk korang., Korang mesti dapat rasa chill dan relaxnya tempat ni. Hampir segala dekorasi dan reka bentuk di Tadom Hill ini adalah diperbuat daripada buluh atau bamboo.
 |
Tadom Groove Di Tasik Tadom Hill |
Tadom Groove ini merupakan tempat semua orang berkunjung dan berkumpul dimana aktiviti utama jika korang datang Tadom Hill mestilah korang nak bermandi-manda di tasik yang biru kehijauan. Tadom Groove lah tempatnya. Walaupun ianya tasik, airnya bersih dan selamat untuk aktiviti mandi-manda. Tapi tasik ni dalam jugak la bukan cetek, Masuk dalam pun kaki belum tentu sampai lagi. Selain daripada bersantai mandi manda bersama keluarga, pelbagai aktiviti boleh lakukan seperti bermain kayak buluh yang disediakan. Jaket keselamatan juga disediakan, jadi korang tak perlulah risaukan korang akan tenggelam ke lemas ke. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma. Bukan itu sahaja aktiviti di Tadom Hill, Kalau korang nak tahu banyak lagi boleh la jejakkan kaki ke Tadom Hill.
 |
Bersantai atas rakit buluh |
 |
Diving Platform |
 |
Kerusi Buluh |
 |
Buaian Buluh Atas Air |
 |
Tadom Hammock Sphere |
 |
Khemah untuk disewa |
 |
Tadom Bamboo Hut |
 |
Tadom Hill Chalet
Kalau korang datang sini nak bermalam pun boleh sewa chalet dekat sini. Setakat ni Tadom Hill Resort menyediakan 3 jenis pakej Tempat Tinggal kepada sesiapa yang ingin merasai pengalaman overnight disini iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites, Vip Bamboo Hut. Sebelum bercadang untuk Check in di sini better korang check dulu dekat website. Menarik tak Tadom Hill Resort ni? Yes, Aku dah sampai sini dan berbaloi sangat kalau korang pergi. Apa pun tempat ni belum sepenuhnya siap lagi. Maungkin bila dah siap sepenuhnya nanti tak mustahil kalau Tadom Hill Resort ni bakal jadi tempat percutian yang "Popular" di Malaysia. Untuk segala pertanyaan tempahan, korang boleh la check sendiri di website mereka http//www.tadomhillresorts.com/ atau pun boleh tengok info di laman faceboook https.//www.facebook.com/tadomhill?fref=nf
Itu jela yang aku nak cerita dekat korang pasal Tadom Hill Resort ni. Jumpa lagi untuk cerita terbang aku yang seterusnya!!!
|
0 comments:
Post a Comment