Friday, 25 August 2017

Afamosa Theme Waterpark

Hye! Selamat petang warga blogger! Harini aku nak terbang ke Melaka tapi dekat mana nak pergi tuh. Iye kalini aku terbang ke a Famosa Theme Waterpark Alor Gajah Melaka. Harini aku nak cerita pasal tempat ni pulak.Yang ni dah kali kedua aku pergi a Famosa Theme Waterpark ni. Bagi aku ni la tempat paling dekat pun dengan tempat belajar aku hahahahah.


Memang seronok tempat ni kalau luangkan masa dengan kawan-kawan, keluarga ke. Puas hati la habis berpuluh-puluh pun masuk. Permainan dalam tu pun semua percuma. Nak tahu berapa harga tiket masauk afamosa ni?

Harga Tiket

Lunch dekat sini pun disediakan, pilih sahaja makanan. Sebab bayaran tadi sekali dengan lunch. Dekat dalam ni memang ada banyak tempat tapi yang aku pergi cuma Water world saja. Kalau korang datang sini boleh la pergi semua tempat yang ada dekat atas tu. Permaina dalam water world ni pun best ada lazy river, wave pool & stage, body slide, high speed slide, inner tube slide, family raft slide, kid adventure pool, wa ha ha, hula hula, arabian village dan sand beach. Tapi tak semua permainan sempat main dalam sehari suntuk dekat sana.

Lazy River
Hula Hula

Inner Tube Slide


Wa Ha Ha

Big Ice Cream

High Speed Ride

Haa ni jela yang aku boleh kongsikan pun sebenarnya ada lagi permainan dekat sana. Haa lagi satu wave pool macam dekat bawah ni.



Wave Pool

Tube rental yang macam aku guna tuh pun kena sewa antara rm16-rm20 macam tu. Aku sewa tube rental yang ada 2 lubang, Tube rental ni sewa dia rm20 tapi deposit rm10 akan dipulangkan semula bila kita pulangkan tube rental. Jangan lupa ambik bila nak balik heheh! Dekat sana kalau korang nak sewa cabana rental pun boleh harga dia kalau weekdays rm120 tapi kalau weekend pulak rm180. Locker pun disediakan disan, Jangan risau barang nak simpan mana tapi harga locker mengikut saiz kalau ada barang-barang berharga. Tempat macam ni kena berhati-hati.

Cabana Rental

Cuba la pergi ajak kawan kawan atau family kalau nak tahu betapa rileknya, bestnya tempat ni. Takut dah pergi taknak balik pulak nanti haha. Berbaloi sangat pergi afamosa waterpark ni. Ini saja cerita untuk kalini. Lepas ni kita pergi tempat lain pulak hehe. Kalau korang tak tahu tempat mana nak pergi untuk travel boleh la singgah blogger aku. Bye! Tunggu travel yang akan datang!!!










Wednesday, 23 August 2017

Tadom Hill Resort, Banting


Assalamualaikum warga blogger! Kalau korang tengok tajuk blog aku pasal travel kan? so mesti lah pergi travel. Siapa-siapa yang suka pergi travel boleh la singgah blog aku ni tengok tempat menarik yang pernah aku pergi setakat ni. Awal tahun hari tu aku ada pergi Tandom Hill, Menarik jugak tempat ni, pemandangan pun cantik. 


Ini untuk bayaran masuk ke Tadom Hill ;

Normal Day PassWeekday
(Mon – Fri)
Weekend
(Sat – Sun)
Peak SeasonSuper Peak Season
AdultRM 20RM 23RM 25RM 28
Child (Aged 3 – 12)RM 15RM 18RM 20RM 22
Tadom Hill Resort merupakan tempat menarik di Selangor. Tadom Hill ini kawasan perkampungan orang asli yang berkeluasan 40 ekar, berdekatan dengan tasik dan pemandangan bukit batu kapur dan pokok-pokok yang indah. Terletak 45 minit dari ibu kota Malaysia, iaitu di Banting, Tadom Hill satu tempat yang sangat sesuai bagi orang yang meminati aktiviti luar ataupun ingin bersantai melakukan aktiviti bersama rakan dan keluarga. Bagi yang ingin berehat dan mengambil masa cuti untuk tenangkan diri dan jiwa dari kemelut kerja ataupun suka aktiviti lasak Tadom Hill sangat sesuai untuk korang., Korang mesti dapat rasa chill dan relaxnya tempat ni. Hampir segala dekorasi dan reka bentuk di Tadom Hill ini adalah diperbuat daripada buluh atau bamboo.

Tadom Groove Di Tasik Tadom Hill
Tadom Groove ini merupakan tempat semua orang berkunjung dan berkumpul dimana aktiviti utama jika korang datang Tadom Hill mestilah korang nak bermandi-manda di tasik yang biru kehijauan. Tadom Groove lah tempatnya. Walaupun ianya tasik, airnya bersih dan selamat untuk aktiviti mandi-manda. Tapi tasik ni dalam jugak la bukan cetek, Masuk dalam pun kaki belum tentu sampai lagi. Selain daripada bersantai mandi manda bersama keluarga, pelbagai aktiviti boleh lakukan seperti bermain kayak buluh yang disediakan. Jaket keselamatan juga disediakan, jadi korang tak perlulah risaukan korang akan tenggelam ke lemas ke. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma. Bukan itu sahaja aktiviti di Tadom Hill, Kalau korang nak tahu banyak lagi boleh la jejakkan kaki ke Tadom Hill.

Bersantai atas rakit buluh
Diving Platform

Kerusi Buluh
Buaian Buluh Atas Air
Tadom Hammock Sphere 
Khemah untuk disewa


Tadom Bamboo Hut
Tadom Hill Chalet

Kalau korang datang sini nak bermalam pun boleh sewa chalet dekat sini. Setakat ni Tadom Hill Resort menyediakan 3 jenis pakej Tempat Tinggal kepada sesiapa yang ingin merasai pengalaman overnight disini iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites, Vip Bamboo Hut. Sebelum bercadang untuk Check in di sini better korang check dulu dekat website. Menarik tak Tadom Hill Resort ni? Yes, Aku dah sampai sini dan berbaloi sangat kalau korang pergi. Apa pun tempat ni belum sepenuhnya siap lagi. Maungkin bila dah siap sepenuhnya nanti tak mustahil kalau Tadom Hill Resort ni bakal jadi tempat percutian yang "Popular" di Malaysia. Untuk segala pertanyaan tempahan, korang boleh la check sendiri di website mereka http//www.tadomhillresorts.com/ atau pun boleh tengok info di laman faceboook https.//www.facebook.com/tadomhill?fref=nf

Itu jela yang aku nak cerita dekat korang pasal Tadom Hill Resort ni. Jumpa lagi untuk cerita terbang aku yang seterusnya!!!








 

OH TRAVEL Template by Ipietoon Cute Blog Design